February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kalau dengar dari cakap Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Fazlur Rahman Zainuddin para pengguna boleh bawa bertenang.

 

Ini berhubung kemungkinan kenaikan tarif asas elektrik.

 

Tarif asas elektrik negara dikaji semula setiap tiga tahun dan kali terakhir kenaikan berlaku adalah pada 2014.

Pada Jun lalu, kerajaan mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga hujung tahun ini.

 

Kadar purata tarif elektrik asas di Semananjung adalah 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan.

 

Kadar itu adalah antara yang termurah berbanding negara ASEAN lain seperti Singapura dan Filipina.

 

“Kami tidak menjangkakan perubahan besar. Semuanya terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan (tentang kenaikan).

 

“Biasanya keputusan mengenai tarif asas dilakukan sebelum bermulanya tempoh kawal selia yang dijangkakan pada Januari, jadi kami menjangka pengumuman itu akan dibuat pada bila-bila masa bulan ini,” kata Fazlur Rahman.

 

Beliau menyatakan demikian pada  sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan TNB di Kuala Lumpur Isnin.

 

Mengenai prospek harga arang batu, Fazlur Rahman berkata ia dijangka menyederhana dalam tempoh tiga tahun akan datang dan dijangka rendah sedikit berbanding paras tinggi semasa.

 

“Secara umumnya, ia akan menyederhana kerana jangkaan penggunaan arang batu tidak akan melonjakkan harga terlalu tinggi kerana pasaran beralih kepada bahan api alternatif,” katanya.- 18/12/2017

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: