February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan menyerahkan segalanya kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC , Datuk Seri S. Subramanian dalam menentukan sama ada beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 nanti.

Katanya, kuasa penuh dan penentu bagi pemilihan seseorang calon itu adalah kuasa Perdana Menteri yang juga  Pengerusi BN Kebangsaan.

“Setakat ini saya kekal sebagai Ahli Parlimen Tapah dan serahkan kepada Perdana Menteri dan Presiden parti dalam menentukan sama ada saya bertanding pada pilihanraya umum ke 14 nanti,” katanya ringkas kepada Agendaily.

Wujud spekulasi sebelum ini bagi kerusi Parlimen Tapah menjelang PRU ke-14 nanti ekoran Saravanan tewas kepada Speaker DUN Perak, Datuk SK Devamany dalam merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada November 2015 lalu.

Saravanan yang juga bekas naib presiden kalah hanya dengan 18 undi.-18/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: