February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BEKAS bintang AC Milan dan Brazil, Kaka, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Kaka mendedahkan niatnya untuk meninggalkan Orlando City selepas kontraknya tamat pada bulan ini, dan pemain berusia 35 tahun itu bercadang untuk mengembangkan kariernya bersama pasukan lain.

Kaka membuat keputusan untuk bersara selepas 10 tahun sejak dia meraih Ballon d’Or, dengan membantu Milan menjulang Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab pada 2007.

Kaka memulakan kariernya di Sao Paulo pada 2001 dan sebahagian daripada skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia ketika dikendalikan oleh Luiz Felipe Scolari pada tahun 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Selepas tiga musim beraksi dalam kesebelasan utama Sao Paulo, dia berhijrah ke Milan pada 2003, menyertai skuad yang dibarisi oleh Cafu, Paolo Maldini, Clarence Seedorf dan Andrea Pirlo.

Pemain tengah itu segera menjadi pemain pilihan Rossoneri, membantu pasukan menjuarai Serie A pada musim pertama di Itali dan menjaringkan 101 gol dalam 287 penampilan.

Gergasi Eropah, Real Madrid membayar sebanyak EURO68 juta (RM326 juta) untuk membawanya ke Santiago Bernabey pada 2009 untuk bergandingan bersama Cristiano Ronaldo.

Kaka gagal untuk mengulangi pencapaian terbaik bersama Real serta bergelut dengan kecederaan lutut sebelum kembali ke Milan pada 2013.

Pemain itu beraksi selama semusim sebelum melebarkan sayap ke Amerika Syarikat untuk beraksi bersama Orlando City.

Selepas tiga musim, Kaka memiliki pilihan untuk meneruskan kariernya kembali ke Milan atau Sao Paulo, tetapi mengambil keputusan untuk menyertai bidang kejurulatihan dan menjadi pengarah sukan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: