February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang memenangi lebih dua juta mata ganjaran BIG dalam kempen “Pintu Terbuka AirAsia mulai hari ini sehingga 14 Januari 2018”.

Dilancar sempena sambutan ulang tahun keenam syarikat penerbangan kos rendah tersebut, AirAsia berkata, kempen berkenaan adalah kisah ia membuka pintu selama lebih sedekad bagi membolehkan pengembara menikmati destinasi yang belum diteroka di rantau ini dan juga rantau lain.

“AirAsia mencabar orang ramai dalam satu pengaktifan unik untuk mencari 16 pintu tersembunyi di Malaysia, mengambil gambar mereka dengan pintu tersebut, memuat naiknya di Instagram dengan hashtag yang diberikan untuk mendapatkan mata dan berpeluang untuk memenangi dua juta Mata Ganjaran BIG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mata ganjaran BIG yang diperoleh boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata, syarikat itu memulakan operasi dengan hanya dua pesawat dan kini memiliki lebih 200 pesawat dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang.

“Kami bangga dapat berkhimat ke lebih 130 destinasi, termasuk tempat yang kurang dikunjungi tetapi menjadi impian ramai orang,” tambahnya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: