February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BEKAS isteri Ally Iskandar, Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam.

Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.

Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.

Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.

Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.

Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.

Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti  anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.

Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.
 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: