February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manis Mu menepati jolokan ‘The Living Legend’ yang dilemparkan kepadanya apabila menepati ramalan ramai saat dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV4).

Gelaran ‘The Living Legend’ dilihat cocok buat penyanyi 90-an itu kerana ramai yang melihat bakat nyanyiannya berterusan dari dahulu sehingga kini dan berjaya memukau penonton di studio, para juri dan penonton di rumah dalam pentas akhir GV4 malam tadi.

BACA: Aishah juara GV 4

Netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah atas kemenangan yang layak dijuarainya melalui laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Memang dia legend. Suara power. Selayak juara,” kata @PAKDIN80 menerusi ruang komen di Twitter.

Pelantun lagu Camar Yang Hilang itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

BACA: Ini senarai markah penuh konsert akhir GV 4!

BACA: Air mata bonda buat Aishah di GV 4

Selain itu, Aishah itu turut membawa pulang sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer membeli belah.

Tempat kedua pula, dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Lan Solo di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.

Sementara tempat keempat dimenangi oleh Hazami (RM20,000), tempat kelima dimenangi Firman (RM15,000) dan tempat akhir dimenangi Tia Jinbara (RM10,000).





Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: