February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI
– Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mengakui hairan dengan tindakan
Menteri dan Timbalan Menteri Pelancongan termasuk Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang berpakat memberi alasan berhubung isu pelaksanaan
Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

“TS Nazri
Aziz Menteri Pelancongan kata pegawainya silap faham. Timbalannya pula
Datuk Mas Ermieyati Samsuddin beliau tidak tahu salah seorang eksekutif
syarikat ini seorang bukan Islam.

“DS Najib pula kata beliau tidak bersetuju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut
Idris, adalah menghairankan apabila Najib selaku perdana menteri dan
Menteri Kewangan tidak bersetuju dengan sistem berkenaan.

Sedangkan
katanya, wang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan
kepada IMAMS akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan.

“Tak
apalah, wahai DS Najib, cuma jangan pula nanti apabila rakyat marah
sebab GST, maka dijawab pula saya pun tidak setuju GST,” katanya.

Ismaweb
sebelum ini melaporkan syarikat pengendali IMAMS, Integrated Manasik
Monitoring System Sdn Bhd, mengenakan GST RM7.80 kepada setiap jemaah
yang memohon visa umrah dan membeli insurans takaful – RM2.70 untuk
visa, dan RM5.10 (insurans).

Bagaimanapun,
sistem yang bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah di
negara ini, dibatalkan pada hari Sabtu, 16 Disember dalam tempoh 24 jam
dari pelancarannya.

Ia susulan
selepas menerima banyak bantahan daripada pelbagai pihak yang tidak
bersetuju dan menyifatkan sistem berkenaan sebagai membebankan bakal
jemaah ke Tanah Suci.

Malah,
status syarikat pengendali IMAMS itu juga diragui, kerana KPK sebelum
ini mensyaratkan urusan umrah dan haji hanya diuruskan agensi yang 100
peratus milik orang Islam, termasuk kakitangannya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: