February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi wujud unsur rasuah buat masa ini dalam pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata masalah yang timbul berkenaan sistem itu adalah masalah pentadbiran kerajaan.

BACA: Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam – Nazri Aziz

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS

“Ini adalah masalah pentadbiran kerajaan yang setakat ini tiada unsur atau elemen rasuah.

“Saya rasa tak perlu pihak saya buat kenyataan kerana isu sudah selesai,” katanya kepada Astro AWANI menerusi pesanan ringkas WhatsApp.

BACA: Isu IMAMS: ‘Biarlah Tabung Haji yang uruskan’ – PPIM

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

Tambahnya, buat masa kini pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan berhubung pelaksanaan IMAMS.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya wujud pihak yang ingin mengambil peluang dalam pelaksanaan sistem itu.

Malah, Ahmad Zahid mendakwa pelaksanaan sistem itu juga bertentangan dengan keputusan yang dibuat Kabinet.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: