February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hahaha!!! Nampak gayanya Politik hari ni semakin hari semakin lucu. Selepas Si Azmin Ali tu cuba buat lawak untuk memalukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, kali ni giliran dia pulak kena sindir.

Dalam kenyataan Si Azmin Ali itu sebelum ini, dia jelas kelihatan tergugat dengan tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Jamal Yunos yang mahu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

Malah, bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali itu memberikan gambaran seolah – olah dia takut untuk berhadapan dengan Jamal dalam PRU akan datang.

Namun, sebagai jawapan kepada tindakan Si Azmin Ali yang cuba memalukan dirinya, Jamal pula mengajukan sindiran dengan mempersoalkan tentang kelakuan moral Menteri Besar Selangor tu.

Kata Jamal, semua aksi yang dilakukan sebelum ini, termasuk memakai tuala dihadapan bangunan SUK Selangor adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas di Selangor.

Dalam nada sinis, Jamal juga menegaskan, sekiranya rakyat mahu seorang wakil rakyat yang bersedia untuk berjuang demi kebajikan mereka, sudah pasti mereka akan memilih dirinya.

“Jadi saya yakin orang ramai akan memilih saya yang ‘bertuala’ kerana mesej yang saya nak sampaikan demi kebaikan rakyat, bukannya memilih MB seperti Azmin yang tidak bermoral.

“Saya nak tanya Azmin, apa yang dia buat di dalam tandas? Itu sudah tentu terbukti tidak bermoral,” tambah Jamal lagi.

Kenyataan Jamal itu merujuk kepada isu skandal seks yang melibatkan Menteri Besar Selangor itu melalui pendedahan gambar perlakuan tidak senonoh dengan seorang wanita sebelum ini.

IRONIKnya dari kenyataan yang dibuat, Si Menteri Besar Selangor tu mungkin terlupa dengan aksi ‘Terjun Longkang’ dan ‘Masuk Dalam Tong Sampah’ yang pernah dilakukannya.

Sehingga ke hari ini, aksi Si Azmin Ali itu hanya satu perbuatan yang sia – sia memandangkan isu Sampah dan Longkang di Selangor masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Malah aksi dia didalam tandas pun masih tidak diambil sebarang tindakan!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: