February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAGI anda yang masih tidak dapat melupakan kehangatan konsert final Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi, dengarkan semula semua lagu yang dipersembahkan di Raku!

Playlist ‘Konsert Final Gegar Vaganza 2017’ menggabungkan kesemua persembahan bintang finalis iaitu Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara.

Antara persembahan yang menarik perhatian orang ramai malam tadi ialah dendangan lagu “All By Myself” daripada juara GV4, Aishah.

Untuk menikmati lagu-lagu di dalam playlist ini, muat turun aplikasi Raku secara percuma di App Store, Play Store atau layari www.raku.my.

BACA: Aishah juara GV 4

BACA: GV4: “Aishah memang dia legend. Suara power. Selayak juara”

Sejurus kemenangan Aishah malam tadi, Astro AWANI menghubungi penyanyi itu bagi mendapatkan reaksi selepas dinobatkan sebagai juara GV4.

“Saya sangat sibuk beberapa hari sebelum final sehinggakan tidak sempat untuk memuat naik status atau gambar di Facebook dan Instagram.

“Saya sangat fokus untuk menghafal lirik lagu, menghafal rap yang tidak pernah saya persembahkan bagi memberi persembahan yang terbaik buat peminat saya,” kata Aishah lagi.

Nyanyian Aishah bukan sahaja memukau penonton di rumah dan Pinewood Studios, malah dilihat memberi kesan mendalam kepada salah seorang juri tetap Hetty Koes Endang.

BACA: Air mata bonda buat Aishah di GV 4

Hetty yang lebih mesra dengan panggilan bonda mengalirkan air mata ketika memberi komen kepada Aishah.

Aishah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 81 peratus dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

BACA: Ini senarai markah penuh konsert akhir GV 4!

Tempat kedua pula dimenangi Liza Hanim yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, manakala Lan Solo di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Tempat keempat pula dimenangi Hazami (RM20,000), tempat kelima dimenangi Firman (RM15,000) dan tempat akhir milik Tia Jinbara (RM10,000).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: