February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin kini di fasa terakhir dalam misi meraih gelaran Penjelajah Grand Slam pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Qobin, tiba di Punta Arenas, Chile pada Ahad untuk melakukan penjelajahan ke titik kosong darjah di Kutub Selatan.

Muhammad Muqharabbin berkata selepas mengharungi penerbangan transit selama 60 jam, beliau berhadapan dengan sedikit masalah apabila begnya tidak sampai bersama di Punta Arenas, namun setelah membuat laporan beg beliau selamat sampai pagi semalam.

“Hari ini (Isnin), saya akan membuat persediaan peralatan, menyerahkan beg ekspedisi untuk dihantar ke lapangan terbang dan telah bertemu dengan para penjelajah ski, pendaki dan para pengkaji dari beberapa negara lain yang akan ke Union Glasier, Antartika untuk memulakan ekspedisi masing-masing,” katanya kepada media melalui aplikasi WhatsApp di sini.

Jelasnya, taklimat ekspedisi juga akan disampaikan oleh agensi yang mengendalikan Union Glasier iaitu Antarctic Logistic Expedition.

Katanya, beliau dijangka terbang ke Union Glasier menggunakan pesawat Ilyushin IL – 76TD pada esok, 8 pagi (7 petang waktu Malaysia) sekiranya cuaca mengizinkan bagi memulakan ekspedisi berski ke titik kosong darjah Kutub Selatan sejauh 120 kilometer (km).

Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang yang menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Muhammad Muqharabbin telah pun berjaya dalam menawan tujuh puncak tertinggi dunia di tujuh benua (2004-2010) dan berski di Kutub Utara pada April 2017.

Penjelajahan di Kutub Selatan ini merupakan fasa terakhir dalam misi meraih pengiktirafan tersebut.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: