February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BAHRAIN – Langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Pas di Putrajaya pada 22 Disember ini.

Presiden Umno itu berkata Umno dan Pas perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan, lapor Bernama.

“Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di sini, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan menjelaskan tentang pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini, tentang perkara itu.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: