February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ANGGOTA kumpulan BIGBANG, Taeyang mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Min Hyo Rin.

Berita gembira itu dikongsi oleh Taeyang menerusi akan Instagram (IG)nya sebentar tadi.

Taeyang juga turut memuat naik foto bersama dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon.

“Hello semua, ini adalah Taeyang. Hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira dan istimewa dalam hidup saya kepada kamu semua.

“Saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan hidup saya bersama Min Hyo Rin, seorang wanita yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah atau senang sejak empat tahun lalu.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menganggap saya seperti keluarga.

“Kepada semua anggota BIGBANG, YG Family dan mereka yang saya pernah bertemu serta bekerja bersama, saya ingin ucapkan terima kasih.

“Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan dan restu kepada kami berdua,” tulisnya.

Dalam pada itu, agensinya, YG Entertaiment juga  mengesahkan pasangan itu akan berkahwin pada February depan.

“Benar, Taeyang dan Min Hyo Rin akan berkahwin pada Februari depan.

“Mereka akan berkahwin sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

“Majlis tidak akan berlangsung secara besar-besaran dan pasangan ini memilih untuk berkahwin secara sederhana,” katanya.

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman video muzik.

Foto: Instagram @_youngbae_
Sumber: Soompi / Allkpop



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: