February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Kata orang berani kerana benar,takut kerana salah.Jadi kita boleh nilai sendiri dari reaksi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap langkah  Ahli Parlimen DAP Cheras Tan Kok Wai hendak buat laporan kepada SPRM berhubung penjualan tanah kerajaan di Kuala Lumpur.

 

Menerusi satu kenyataan Isnin,Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO dan BN ucap terima kasih pada kepada Kok Wai kerana telah memaklumkan akan membuat laporan kepada SPRM.

 

Beliau amat yakin laporan yang dibuat kepada SPRM itu kelak akan membersihkan diri beliau selepas ini daripada segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan berhubung perkara itu.

 

Pada 14 Disember Tengku Adnan telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai penjualan tanah sekitar Kuala Lumpur dan mendakwa Kok Wai yang cuba menggelirukan rakyat mengenainya.

Beliau berkata daripada jumlah tanah yang dijual, sebanyak 43 telah ditandatangani dengan 28 bidang tanah daripadanya adalah untuk pembangunan Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan selebihnya bagi pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

 

Dalam kenyataan terbaru Tengku Adnan kata beliau juga difahamkan terdapat kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan oleh pihak tertentu untuk membantah pembangunan-pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan mereka dan sekitar Kuala Lumpur.

 

Beliau mendakwa  bantahan tersebut adalah bagi mendapatkan imbuhan tertentu daripada pihak pemaju.

 

“Saya telah memohon kepada pihak pemaju untuk melaporkan kepada pihak polis dan SPRM berhubung dengan tindakan pihak tersebut.

 

“Saya juga tidak akan berkompromi dengan pihak tertentu yang bertentangan dengan undang-undang dan adalah untuk kepentingan peribadi.

 

“Perkara sebegini tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang telus dan mementingkan kesejahteraan rakyat, “ujarnya lagi.

 

Beliau dalam masa yang sama turut menyatakan kebimbangan bagaimana dengan negeri lain yang tidak ditadbir BN dan gagal mematuhi syarat pembangunan dapat meneruskan pembangunan tersebut tanpa gangguan mana-mana pihak.

 

Dalam kenyataan 14 Disember,Tengku Adnan menjelaskan kawasan-kawasan yang dijual untuk pembangunan ini melibatkan rizab pusat penjaja yang tidak berdaya saing, penempatan setinggan, kawasan lapang perumahan awam, rizab kawasan lapang dan kuarters kakitangan, “katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya jumlah Rumawip yang dibangunkan kini adalah melebihi 50,000 unit.

 

Kok Wai baru-baru ini dilaporkan mendakwa DBKL menjual 45 bidang tanah tanpa tender terbuka sejak Tengku Adnan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

 

Tengku Adnan berkata harga jualan perumahan yang ditawarkan adalah berdasarkan harga semasa dan ada yang diberi diskaun melalui konsep subsidi silang, dengan pemaju kemudian terpaksa menjual rumah dengan harga RM42,000, RM188,000, RM198,000 dan RM230,000.

 

“Nilai tersebut memberi keuntungan kepada rakyat selaku pembeli yang dapat menikmati harga rumah lebih murah daripada nilai pasaran sebenar, ” katanya.

 

Beliau berkata Kok Wai sepatutnya menghargai usaha kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan golongan bandar yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

 

Sekiranya Ahli Parlimen DAP itu berpendapat penjualan tanah berkenaan dilaksanakan atas kepentingan peribadi atau atas rasuah, Tengku Adnan mencabarnya membuat tuduhan terbabit secara jelas agar beliau dapat mengambil tindakan undang-undang atau Kok Wai melaporkan kepada SPRM berkaitan salah guna kuasa.-18/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: