February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



TAIPING: Polis telah mengenal pasti tiga mat rempit yang dipercayai membelasah pemandu ambulans berhampiran Plaza Tol Taiping Utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata ketiga-tiga lelaki itu dikenal pasti berdasarkan maklumat dan keterangan daripada mangsa.

“Seorang daripada suspek dijangka menyerah diri malam ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Keluarga suspek berkenaan akan hadir ke balai polis untuk menyerahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan dalam kejadian 1.40 pagi itu, pemandu ambulans berumur 53 tahun tersebut cedera akibat ditumbuk di kening kanan selepas menegur sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba.

Seorang jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba membantu dan meleraikan kumpulan terbabit juga diterajang.

Mangsa yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian dia bersama seorang pembantu perubatan dan seorang jururawat dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping.

Katanya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol itu,dia melihat sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang berlumba.

“Oleh kerana tindakan mereka boleh membahayakan perjalanan ambulans, saya menggunakan pembesar suara menegur mereka agar memberi laluan kepada kami.

“Tetapi, tindakan saya membangkitkan kemarahan mereka yang kemudian menghimpit ambulans sebelum seorang daripada mat rempit itu terjatuh, mereka makin marah dan terus menghalang laluan kami menggunakan motosikal masing-masing,” katanya.

Katanya sebaik ambulans berhenti, kira-kira empat hingga enam remaja lelaki itu kemudian membuka pintu dan menariknya keluar daripada kenderaan sebelum menumbuk mukanya dan membelasahnya bertubi-tubi.– BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: