February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Mulai 2018, kesemua 1,100 klinik Kesihatan di seluruh
negara akan dilengkapi Unit Khas Penjagaan Luka yang memberi rawatan
khusus untuk luka serius kepada pesakit dengan menggunakan peralatan
moden termasuk dibekalkan kit penjagaan luka.

 

Menurut Penasihat Kebangsaan Kesihatan Primer Dr. Harikrishna K.R Nair,
penubuhan unit khas berkenaan bertujuan untuk memudahkan pesakit yang
mengalami luka terutama pesakit Diabetis, dan luka yang serius akibat
kemalangan dan lain untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu ke hospital
lagi selain mengurangkan kos rawatan kerajaan.

 

 “Penubuhan unit khas berkenaan dilihat mampu menjimatkan kos rawatan
selain mengurangkan tempoh rawatan setiap hari kepada dua minggu sekali
terutama pesakit yang memerlukan rawatan untuk mencuci luka dengan
menggunakan alatan yang dikhaskan yang berteknologi tinggi untuk
penjagaan luka.

 

“Daripada kajian yang di buat Persatuan Perawatan Luka Profesional
Malaysia (MSWCP) kecederaan luka di negara ini semakin merisaukan
khususnya pesakit  diabetes yang menyumbang kepada 50 hingga 60 peratus
kes luka dan manakala  masing-masing 10 peratus bagi kes kemalangan,
pembedahan dan lain-lain,”katanya ketika merasmikan Seminar Pencegahan
Tekanan Kecederaan dan Penjagaan Luka di Hospital Kuala Lumpur di sini
hari ini.

 

Katanya dengan penubuhan  unit penjagaan luka ini, kerajaan mampu
mengurangkan kira-kira 40 peratus kos rawatan perubatan daripada
keseluruhan kerana sebelum ini terpaksa memperuntukan RM1 juta sebulan
untuk kos rawatan luka di hospital.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: