February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bangganya Mat Sabu bila penyanyi Aishah menang program Gegar Vaganza malam semalam. Mat Sabu anggap ia hadiah awal untuk perjuangan mereka.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad pula tidak menolak kemungkinan akan menggunakan kedudukan Aishah selaku juara program realiti muzik itu sebagai alat meraih sokongan orang ramai menjelang PRU14.

Aishah ni dulu waktu mula-mula berhijrah dari dunia glamor ke dunia politik ala-Islam bersama PAS, apa benda dia tak cakap. Kerajaan zalim, hiburan semakin teruk, dunia artis merosakkan minda masyarakat dan macam-macam lagi. Lebai-lebai, tok-tok guru PAS pun bukan main syok dengar dia bercakap sambil memburuk-burukkan pemerintah.

Sekarang, sejak tinggalkan PAS untuk bersama Mat Sabu bagi menubuhkan PAN, Aishah yang dulu sudah berhijrah kepada jalan hidup beragama kembali terjun ke dunia glamor. Ia malah direstui pula oleh Ulamak Agong PAN bernama Mat Sabu ini dan mungkin juga Ahmad Awang sendiri selaku Mursyidul Amnya.

Admin percaya, siapa pun yang tengok aksi Aishah malam semalam ketika berduet dengan Liza Hanim pasti mual. Tergedik-gedik mengalahkan artis muda. Admin cuma berharap nama baik program Gegar Vaganza tidak akan dicemari oleh permainan Mat Sabu dan konco-konconya yang sentiasa laparkan perhatian daripada masyarakat untuk meneruskan hayat politik mereka.

Kata orang PAS pula, mujur Aishah ni dah ikut PAN. Kalau masih dengan PAS, tentu dia tak berani pun nak sertai program GV tersebut. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: