February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dibentangkan dalam satu sesi pada Isnin.

Draf resolusi berkenaan yang dibentangkan Mesir bertujuan membatalkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.

Sesi pengundian menyaksikan 14 ahli Majlis Keselamatan menyokong draf resolusi berkenaan, namun ia diveto Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley.

Draf resolusi itu menekankan status akhir Baitulmaqdis sewajarnya diselesaikan menerusi rundingan sejajar dengan keperluan resolusi PBB.

Ia turut menuntut semua negara mematuhi 10 resolusi yang diluluskan berhubung Baitulmaqdis sebelum ini, termasuk dari 1967.

Antara lain, persetujuan status kota itu ditentukan menerusi rundingan antara Palestin dan Israel.

Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan tindakan Washington, yang disifatkannya mengangkat kebenaran.

Di Ramallah, Menteri Luar Palestin Riad al-Maliki mengecam sekeras-kerasnya tindakan AS menggunakan kuasa veto.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: