February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Sistem pelesenan pengurusan ibadah umrah di negara ini yang dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, (KPK) sudah memadai bagi menangani isu penipuan pakej umrah.

Malah, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini.

“Kalau TH pegang (kendali umrah) pun saya bangkang. Cukuplah dia (TH) kendalikan Haji, dia dah monopoli. Banyak orang tidak mendapat visa disebabkan kroni.

“Cuba buat secara terbuka. Sekarang untuk umrah biarlah bagi peluang orang meniaga.

“TH tahu sebab kalau TH nak buat (kendali umrah), mereka adalah entiti perniagaan dan kalau kendalikan semua perkara akan jadi kelam kabut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

BACA: TH sedia jadi ‘orang tengah’ tangani penipuan umrah – Mohamad Aziz

BACA: Isu IMAMS: ‘Biarlah Tabung Haji yang uruskan’ – PPIM

Tegasnya, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) telah mengeluarkan garis panduan Lesen Khas Umrah (LKU) menerusi KPK.

Sebaliknya, menurut Razali kes penipuan pakej umrah sebelum ini berlaku disebabkan oleh pihak yang tidak berlesen serta kurangnya pengetahuan di kalangan bakal jemaah.

BACA: IMAMS: Tiada unsur rasuah, hanya masalah pentadbiran kerajaan – SPRM

“Kalau syarikat itu keluar resit maknanya dia bertanggungjawab terhadap sebarang penipuan dan kalau agen yang dilantik, tapi keluar resit lain, itu jadi kes polis kerana pecah amanah.

“Pembabitan TH tidak akan selesaikan masalah (penipuan pakej umrah) sebaliknya ia hanya satu biro atau badan tengah. Jadi jemaah kalau nak pergi dan bayar di syarikat itu sendiri, pastikan ada LKU,” ujarnya.

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

BACA: IMAMS akan terus beri kerjasama kepada kerajaan

Justeru, beliau mencadangkan kepada KPK untuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk memberi pendidikan kepada orang ramai berkenaan modus operandi penipuan umrah.

Malah, orang ramai juga boleh melayari laman web Majlis Kawal Selia Umrah untuk mengetahui senarai LKU, agensi terlibat termasuk panduan dan modus operandi penipuan pakej umrah.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: