February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Selasa membidas kembali kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam satu majlis dialog “Malaysia Baru” yang diadakan dua hari lalu.

Menurut Mohd Puad, jawapan “selamat” yang diberikan oleh Tun Daim juga jelas berbeza dengan keadaan yang berlaku pada hari ini.

“Tun Daim mendakwa kebebasan bersuara semakin disekat berbanding di zaman Tun Mahathir…Tun Daim mungkin tidak tahu ISA sudah dihapuskan di zaman Najib.

“Jurang semakin besar di antara yang kaya dengan yang miskin…Tun Daim lupa dia lah yang bersekongkol dengan Tun Mahathir mengamalkan crony capitalism selama 22 tahun (dia salah seorang daripadanya) iaitu mengkayakan beberapa individu kononnya individu itu boleh melimpahkan kekayaan mereka kepada orang ramai.

“Sebab itu visi Najib ialah mengujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, Tun Daim sekali lagi lupa bahawa yang menubuhkan “Danaharta” semasa krisis Kewangan dulu ialah Tun Mahathir dan ia dikritik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan  Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu Mersing (1998)berikutan kenyataan bahawa jika ekonomi negara baik, mangapa banyak syarikat bankrap dan perlunya ada BR1M.

“Menurut Anwar, Danaharta adalah agenda Tun Mahathir untuk “bailout” syarikat syarikat milik kroninya termasuk muslihat untuk menghalalkan bailout syarikat milik anaknya Mirzan yang hampir bankrap akibat krisis Kewangan itu.

“Tun Mahathir melihat ucapan itu sebagai perancangan Anwar mahu menjatuhkan beliau seperti jatuhnya Suharto di Indonesia. Sebab itu dia menggunakan isu liwat untuk menjatuhkan Anwar.

“Mengenai BRIM, Tun Daim tahu subsidi pukal untuk petrol perlu ditamatkan. Bila Najib hentikan maka penjimatan itu termasuk hasil GST dipulangkan kepada rakyat melalui BRIM,” katanya.

Tun Daim turut menyokong hanya sekolah satu aliran sahaja di negara ini sehinggakan lupa dia tidak pernah pun memperjuangkan isu sekolah satu aliran semasa dalam kabinet dulu.

“Kalau berani buatlah kenyataan terbuka bukan di majlis tertutup (kehadiran 80 orang) dan media tidak dibenarkan masuk,” katanya.

Mohd Puad turut membidas kenyataan Tun Daim yang mengkritik ekonomi negara seolah-olah lupa yang beliau pernah menjadi Menteri Kewangan suatu masa dahulu.

“Tun Daim berkata Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi dan GDP mencatat pertumbuhan yang membanggakan itu semua bukan satu realiti, ia hanya satu angka sahaja…lupakah Tun Daim ketika jadi Menteri Kewangan dulu, apakah angka angka ini tidak penting kepada beliau?

“Menurut Bank Dunia yang menyatakan Malaysia Economic Monitor (MEM) mencatatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita untuk Malaysia dianggarkan mencecah RM39,407 (AS$9,660) pada tahun 2017 menghampiri PNK negara berpendapatan tinggi yang ditakrifkan iaitu melebihi RM49,916 (AS$12,236),” katanya.

Kata Tun Daim lagi, Gabenor bank negara tidak boleh dilantik oleh menteri kewangan atau Perdana Menteru. Begitu juga Peguam Negara dan IGP, mereka mesti dilantik oleh Parlimen.

“Sepatutnya ini dilaksanakan masa beliau jadi Menteri Kewangan apatah lagi semasa Tun M jadi PM selama 22 tahun dulu.

“Tambahnya, Tun Mahathir lantik dirinya sebagai menteri kewangan kerana dia bukan orang politik. Tengok kepada Tengku Razaleigh yang akhirnya lawan boss dia……Itu memang tidak penting kepada Tun Daim. Dia hanya memikirkan kekayaan dan perniagaan. Politik hanyalah alat kekayaan kepada beliau.

Tun Daim turut berkata, Allah telah bagi anda untuk membuat pilihan, syurga atau neraka, maka antara BN dengan PH, buatlah pilihan anda sendiri.

“Kalau itu perbandingannya, setujukah Tun Daim, kalau pilih Pakatan Harapan maka nerakalah jawabnya kerana Lim Kit Siang yang akan jadi PM,” ujar Mohd Puad.-19/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: