February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


shahbudindotcom





SPRM dilaporkan tidak melihat wujud unsur rasuah dalam perlaksanaan sistem IMAMS yang menjadi perbualan masyarakat ketika ini.

Sebaliknya,
menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, masalah yang timbul
adalah berkaitan pentadbiran kerajaa semata-mata dan ia telah pun
dikira  selesai.

Cepat dan cekapnya SPRM membuat kesimpulan?

Benarkah segala-galanya sudah selesai?

Sudahkah
SPRM menjalankan siasatan dan menelitinya secara mendalam, khususnya
bagaimana syarikat terbabit dipilih untuk mengendalikan sistem IMAMS,
siapa di belakangnya dan adakah sesiapa dalam syarikat itu mempunyai
hubungan dengan menteri atau seseorang di Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan?

Jika
Zahid Hamidi mengatakan kabinet tidak dimaklumkan secara sepenuhnya
mengenai sistem IMAMS dan tiba-tiba diumumkan perlaksanaannya, tidakkah
wujud kemungkinan adanya unsur rasuah di situ?

Begitu
juga dengan kenyataan Nazri Aziz bahawa sistem IMAMS yang dilaksanakan
itu bukan sebagaimana yang beliau kehendaki, bukankah ia juga bermaksud
ada kepentingan lain daripada kehendak menteri yang lebih dipatuhi oleh
kakitangan kementerian itu?

Sudahkah
disiasat siapa yang bercakap benar, siapa salah faham, siapa tidak
faham dan siapa yang semata-mata cuba menutup kesalahan?

Kenapa
semua unsur mencurigakan itu tidak dipastikan kebenarannya terlebih
dahulu oleh SPRM sebelum menyatakan tiada unsur rasuah berkaitan IMAMS?



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: