February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


  

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Selasa mengeluarkan perintah waran tangkap ke atas Naib Presiden PKR Tian Chua selepas gagal hadir tanpa alasan kukuh pada pengurusan kes rayuannya.

 

Tian Chua merayu terhadap hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah, empat tahun lalu.

 

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, semasa pengurusan kes itu di hadapannya dan menetapkan 18 Jan 2018 untuk pengurusan kes selanjutnya .

 

“Mahkamah pada 26 Okt lalu telah memaklumkan kepada pihak-pihak untuk hadir di hadapan hakim untuk pengurusan kes buat kali pertama,

 

“Tetapi hari ini, peguam perayu gagal hadir, begitu juga perayu. Memandangkan ia adalah kes jenayah, kehadiran perayu adalah dimestikan. Oleh kerana perayu gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap perayu,” katanya.

 

Tian Chua yang juga Anggotai Parlimen Batu merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Sept 2016 selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim.- 19/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: