February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Parti DAP serta barisan kepimpinannya tertingginya dicabar untuk menyatakan sokongan mereka terhadap isu mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin secara terbuka ekoran sehingga kini tiada sebarang penjelasan dari parti itu berhubung dakwaan menerima dana sebanyak RM1.2 bilion sumbangan kerajaan Zionis itu.

Menurut bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman, ia ekoran daripada ketiadaan pemimpin dari parti tersebut kelihatan pada perhimpunan memprotes di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak yang mengecam kebiadaban Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel anjuran Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat lalu.

“Tapi, yang menjadi persoalan bagi saya adalah, mengapa tiada seorang pun pucuk pimpinan tertinggi dari DAP yang hadir?

“Cuma yang hadir pada perhimpunan berkenaan hanyalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja. Ke manakah pucuk pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai serta mereka yang ada dalam CEC?

“Adakah mereka tidak bersetuju dengan perhimpunan berkenaan atau terdapat sebab – sebab yang lain?,” ujarnya.

Jelas Razali, isu yang melibatkan Palestin ini adalah isu global, walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara demikian, namun ianya tidak menjawab persoalan mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi parti berkenaan dalam perhimpunan Jumaat lalu sekaligus mencetus kesangsian terhadap pendirian sebenar parti berkenaan.

“Jadi saya cabar kepimpinan tertinggi DAP ini, sekiranya benar mereka menentang kezaliman yang dibuat oleh Israel, saya cabar mereka datang pada perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO dan PAS di Putrajaya pada 22 Disember ini suapay mereka dapat mempamerkan sendiri solidariti mereka terhadap rakyat Palestin,” ujarnya.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) mengadakan protes di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak bagi mengecam kebiadaban Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Jumaat lalu dengan disertai beberapa pemimpin PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyidin Yassin, Mohamad Sabu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Tian Chua dan Liew Chin Tong.

Manakala, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama-sama menghadiri perhimpunan bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel di Putrajaya pada 22 Disember ini.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: