February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan empat suspek kejadian langgar dan bunuh seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi Johor adalah berpunca dari perselisihan faham dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata, suspek juga menggunakan kenderaan curi ketika kejadian itu berlaku dan polis ketika ini sedang memburu empat suspek berkenaan.

“Polis telah kenal pasti empat orang yang berada di dalam kereta berkenaan. Sebelum itu mangsa diheret dan masuk ke dalam kereta namun berjaya melepaskan diri tapi dilanggar.

“Ini satu perbuatan jenayah yang telah tular dan polis sedang jejaki dan buru keempat mereka. Polis juga telah bertemu tuan punya kereta dan itu merupakan kenderaan curi,” katanya.

Tambah Zahid, mana- mana pertubuhan haram yang melanggar akta tindakan pencegahan akan diambil tindakan.

Beliau ditemui di sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terakhir untuk tahun 2017.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: