February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Yeo Jiawei dilarang menguruskan firma perkhidmatan
kewangan dan kegiatan penasihat selama-lamanya, manakala bekas ketua
eksekutif firma NRA Capital, Kevin Scully disekat selama 3 tahun.

mas-1mdb-1

SINGAPORE: Bank pusat Singapura hari ini memaklumkan bekas pengurus
kekayaan bank swasta Switzerland, BSI cawangan Singapura, Yeo Jiawei
yang terlibat dalam pelanggaran berkaitan 1MDB, disekat menguruskan
firma perkhidmatan kewangan dan aktiviti penasihat selama-lamanya.

Julai lalu, sebuah mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara 4
tahun setengah ke atas Yeo atas kesalahan pengubahan wang haram dan
penipuan dalam satu kes berkaitan siasatan penyelewengan dana 1MDB.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan perintah larangan
tetap ke atas Yeo yang berkuat kuasa semalam dan larangan 3 tahun ke
atas bekas ketua eksekutif firma penasihat kewangan NRA Capital, Kevin
Scully.

“NRA dilantik menjalankan penilaian ke atas PetroSaudi Oil Services Limited (PSOSL),” kata MAS dalam satu kenyataan.

“Scully gagal memastikan penilaian NRA ke atas PSOSL dijalankan
dengan berhati-hati, penuh pertimbangan dan objektiviti,” kata bank
pusat itu.

Sehingga kini, MAS mengeluarkan larangan ke atas 8 individu terlibat
pelanggaran berkaitan 1MDB, susulan 2 larangan diumumkan bulan lepas.

1MDB diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga tahun lepas, menjadi
tumpuan siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara,
termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Bank pusat Singapura itu berkata, pihaknya menamatkan semakan semula
selama 2 tahun dengan bank yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB, Mei
lalu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: