February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LUMUT: Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar bantuan ketenteraan ke Baitulmaqdis bukan bertujuan untuk keganasan sebaliknya bagi memastikan keamanan serta kestabilan rantau itu agar tidak terus bergolak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu juga adalah untuk memastikan imej Islam tidak dicemari dengan persepsi serong pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebarang tindakan lanjut oleh tentera Malaysia juga akan dilaksanakan berdasarkan maklumat terkini yang sahih agar tidak tersilap langkah.

“Maklumat tersebut akan kita kumpul dan bila perlu, kita akan lakukan, tetapi (buat masa ini) jangan kita sensasikan sesuatu sehingga kita berada di dalam satu keadaan yang tidak dapat dikawal.

“Musuh-musuh Islam, mahukan kita berpecah, berperang dan berkelahi sesama kita dan ini bukan cara kita, bukan cara ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancacaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Moha­med Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Zainal.

Hishamuddin berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang dihormati ramai kerana sentiasa mengamalkan nilai dan prinsip kesejagatan dan universal selain mempraktikkan konsep wasatiyah Islamik.

“ Pendirian kita yang jelas, pendirian kita (Malaysia) tidak berbelah bahagi sekiranya kita tahu ianya menyentuh agama kita.

“ATM mempunyai banyak pendekatan jihad ke arah itu namun, kita perlu mempunyai maklumat terkini supaya tidak tersilap langkah,” katanya.

Tambah Hishamuddin, perkembangan isu Palestin perlu dipantau secara dekat berikutan Malaysia mempunyai anggota tentera misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ujarnya, selain Palestin, ATM turut memantau keadaan di beberapa negara Asia Barat seperti Syria, Iraq, Qatar, Yamen dan Lubnan.

BACA: Orang gila sahaja akan terima AS sebagai pengantara” – Mahmoud Abbas



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: