February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kalau dulu, diatas pentas ceramah PAS, bukan main lagi dia buat dakwaan kononnya Kerajaan tidak menghalang ‘Maksiat Hiburan’ yang berleluasa. Katanya, dunia hiburan ni penuh kemaksiatan.

Maka, kata dia, sebab itu dia menyertai PAS kerana mahu mendedahkan kepincangan Kerajaan yang tidak menghalang kemaksiatan hiburan itu berlaku. Dia cuba nak mentarbiah ahli PAS mengenainya.

Dek kerana popularitinya semakin merundum, dan dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, dia mula berubah pendirian sejak menyertai PAN. Dunia hiburan yang penuh maksiat itu kembali dijejaki.

Makanya, dia menghalalkan tindakannya terkinja – kinja diatas pentas hiburan yang pada suatu ketika dahulu didakwa penuh dengan kemaksiatan yang tidak dibendung oleh pihak Kerajaan.

Sejak dia kembali menjejakkan kaki diatas pentas sambil terkinja – kinja tu, adakah dia lupa dengan dakwaan yang pernah dinyatakan sebelum ini? Pernah tak dia kenang kembali apa yang telah diluahkan?

Hari ini, kemenangan yang dikecapi mula dipergunakan oleh pemimpin – pemimpin yang jelas tidak mendapat tempat dikalangan rakyat. Pemimpin – pemimpin terbuang PAN pun datang tumpang glamer.

Mana tidaknya. Pemimpin – pemimpin PAN seperti Mat Sabu, Din Pudu, Khalid Samad dan yang seangkatan dengan mereka juga turut menerima nasib yang sama seperti Si Ostazah Ecah ni.

Mereka tidak diendahkan oleh masyarakat. Populariti mereka semakin merundum. Maka sebab itu diorang mula menghurung populairiti Si Ostazah Ecah ni macam Semut menghurung gula.

Pokok pangkalnya, PAN ni parti yang tidak ada dasar perjuangan yang kukuh. Diorang hanya ibarat kerakap atas batu dan terpaksa menumpang orang lain untuk kekal dalam pentas Politik semasa. Nak harapkan diorang sendiri, memang tak ke mana dah!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: