February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ASLANI M

 

 

PADA peringkat awal selepas ditubuh Parti Amanah
Negara (PAN) menguar-uarkan mahu menghadapi Umno dan Barisan Nasional
(BN) bagi memastikan misi pembangkang menjejaki Putrajaya.

 

Namun apa yang berlaku sekarang PAN seperti tersalah arah apabila
sering menghala peluru terhadap PAS terutamanya di Kelantan. Sebaliknya
mereka juga menyepi terhadap Umno.

 

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim
berkata, kenyataan pemimpin PAN mahu berdepan dengan Umno tidak
kelihatan, sebaliknya mereka menjadikan PAS pula sebagai musuh.

 

Katanya, sehingga sekarang tidak nampak gerak kerja parti itu bagi menumbangkan Umno di Kelantan.

 

“Sejauh mana mereka menjalankan gerak kerja mendaftar pengundi baharu
dalam usaha untuk memastikan Umno dan BN terus gagal dalam pilihan raya
di Kelantan,” katanya pada ceramah di Kampung Lundang, Dun Bunut Payong
malam tadi.

 

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Adun Bunut
Payong, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Shaari
Mat Yaman.

 

PAN sebelum ini menjadikan kerajaan negeri sebagai sasaran dalam isu
pembangunan Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat; isu sekatan laluan
lori balak di Gua Musang dan Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: