February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kebimbangan rakyat negara itu apabila dilihat memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin.

Trump ketika itu menyampaikan ucapan berkenaan strategi keselamatan kebangsaan, sebelum berhenti seketika untuk minum air.

Tidak seperti kebiasaannya, Trump mengambil cawan menggunakan dua belah tangan, seperti yang biasa dilakukannya oleh kanak-kanak.

Laman sosial Twitter terutamanya, dibanjiri pelbagai komen ‘mendiagnosis’ keadaan Trump itu sebagai simptom awal penyakit demensia.

Biarpun ramai yang berpendapat ia mungkin akibat rasa gementar, namun netizen pantas mengimbas kembali satu insiden yang hampir sama sebelum ini di mana Trump memegang botol air mineral juga menggunakan kedua belah tangan, sebelum meminumnya.

Presiden ke 45 AS itu juga baru-baru ini pernah tersasul ketika berucap apabila menyebut perkataan ‘States’ sebagai Shhtates dan ‘much’ sebagai muchsh.

Demensia secara umumnya ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan fungsi otak yang menyebabkan pengurangan pada keupayaan berfikir dan mengingati, secara perlahan-lahan.





Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: