February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas dan membebaskan Azizan Manap, 44, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan dari pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Mohd Zaki Abd Rahman selepas pendakwa raya menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mahkamah juga turut mengembalikan wang ikat jamin RM500 kepada tertuduh.

Untuk rekod Azizan, 44, bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai merupakan penolong hal ehwal murid yang bertanggungjawab atas isu disiplin.

Namun pada Oktober lalu Azizan dituduh mencederakan anak muridnya yang didakwa terlibat dalam kes disiplin berat termasuk menghidu gam.

Jumaat lalu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa guru-guru hadir di mahkamah hari ini untuk memberikan sokongan dan solidariti kepada Azizan.

Kes Azizan di mahkamah pada hari ini juga dihadiri seramai 300 guru-guru untuk memberikan sokongan kepada rakan sejawatan yang disifatkan mereka terianiya ketika menjalankan tugasnya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: