February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Perbuatan pembangkang mempolitikkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengeksploitasi sistem perundangan untuk menghalang urusan itu merupakan cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kemerosotan popularti yang mereka alami, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata, seperti negara demokrasi lain, Malaysia juga melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan sebelum pilihan raya diadakan bagi mencerminkan pertumbuhan penduduk dan proses itu adalah perkara biasa.

Menurutnya, perkara itu juga tidak melibatkan campur tangan politik dan dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersifat bebas.

“Realitinya ialah badan kehakiman Malaysia bersikap bebas dan adil. Keputusan yang kerap tidak menyebelahi kerajaan merupakan suatu perkara yang diketahui umum.

“Pembangkang hanya bersungut apabila keputusan tidak menyebelahi mereka. Adalah memalukan apabila pembangkang memilih untuk memburuk-burukkan negara mereka sendiri di peringkat antarabangsa, semata-mata untuk mencari keuntungan politik,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: