February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AKHBAR RAKYAT

 
Oleh HAYAR HASSAN

Semenjak Laporan Siasatan Diraja Dagangan Mata Wang Asing (RCI Forex)
didedahkan kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia sepuloh hari lalu, kita
belum mendengar komen-komen daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dan
Tan Sri Noor Muhamad Yakcob(TSNMY) , walau pun nama-nama mereka berdua
dikatakan perlu dipertanggongjawabkan ke atas kerugian yang telah
dialami oleh Bank Negara Malaysia(BNM)itu. Cuma Tun Dr Mahathir Mohamad
yang lantang memberikan komen yang menyangkut akan perihal namanya yang
cuba dikaitkan dengan kerugian tersebut.

Tun Daim Zainuddin pula ada memberikan komen, namun ianya tidak lah
sehebat dengan apa yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
sehari dua ini. Dalam usia 92 tahun, ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad
masih kuat membuat penyelidikan dan membuat analisa berkaitan dengan isu
kerugian Forex ini. Bagi pesara dan kebanyakan kita, baki usia emas
itu akan dihabiskan untuk beramal dengan ibadah dan bermain dengan cucu
serta cicit. Sesakali mungkin menghadiri majlis Reunion dengan
teman-teman sekolah, sambil mengenang kembali nostalgia kisah-kisah
silam.

Namun begitu tidak kepada Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad,
prihatin beliau kepada masalah ekonomi Negara dan kesejahteraan rakyat
begitu dekat dengan hatinya. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad sukar
untuk tidur lena apabila mengenangkan kemajuan Negara yang telah
dibinanya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri menjadi tidak
tentu arah akhir-akhir ini.
Beliau masih mampu memerah otak dan banyak membaca. Itu lah hebatnya Tun
Dr Mahathir Mohamad. Beliau rajin bekerja dan tidak mudah mengalah,
apatah lagi kalau nama beliau sewenang-wenangnya turut dipersalahkan !

Jujur saya katakan, bagi orang yang tidak mempunyai latihan banking,
accountancy and bisness, bukan lah mudah untuk kita memahami urus niaga
mata wang asing ini. Kerana itu orang ramai kurang berminat untuk
membicarakannya. Yang kita tahu setelah dimaklumkan, hanya lah BNM telah
mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM 31.5 Billion 30 tahun lalu
(1992 – 1994).

Namanya pun urusniaga, tentulah ada untung dan rugi. Cumanya, “ Ada kah
wajar BNM turut serta dalam dagangan mata wang asing semata-mata untuk
mengukuhkan nilai Ringgit Malaysia(RM) daripada dipermainkan oleh
penyangak mata wang asing ?”, soalan yang perlu dijawab oleh orang-orang
yang betul-betul mahir dalam urusan dagangan mata wang asing.

Berbalik kepada pendedahan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad sehari dua
ini, Tun memaklumkan bahawa menurut Laporan BNM, semenjak tahun 2013
hingga 2015, Malaysia dibawah Menteri Kewangan sekarang ini telah
mengalami juga kerugian sekitar RM 160 Billion (AS$ 39.6 Billion)
kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Kalau hendak dibandingkan
dengan kerugian (1992 – 1994), ianya adalah 3 kali ganda lebih lagi!

Persoalannya, mengapa kah tiada siasatan dibuat ke atas kerugian terbaru
ini ? Suatu persoalan baru yang perlukan penjelasan segera !

Mengambil kira bahawa perniagaan mata wang asing ini ada persamaannya
dengan perdagangan saham-saham syarikat besar di bursa saham, risiko
untuk rugi adalah amat besar sekali kerana ianya melibatkan jumlah wang
yang besar, berbillion-billion Ringit Malaysia, ianya bukan lah suatu
perniagaan yang mudah. Tidak ada kah cara-cara lain untuk menstabilkan
mata wang Ringgit Malaysia ?

Apa pun, ternyata langkah yang telah diambil oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada tahun 1998 dahulu untuk menambat mata wang Ringgit Malaysia
pada nilai RM 3.80 bagi AS$ 1.00 adalah suatu yang tepat dan melegakan
peniaga tempatan dan rakyat yang sering keluar Negara atau berurusan
dengan perdagangan import eksport.

Apa tidaknya, apabila nilai mata wang kita itu telah ditambat pada suatu
nilai, peniaga @penyangak mata wang asing tidak lagi berminat untuk
memperniagakan nilai mata wang Ringgit Malaysia . Tentunya mereka akan
beralih kepada mata wang Negara lain.

Disamping itu juga peniaga-peniaga tempatan kita menjadi mudah untuk
membuat kiraan untung dan rugi apabila mereka mengimpot atau mengekspot
barangan dagangan kerana nilai Ringgit Malaysia itu telah ditambat untuk
suatu tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka dengan
mudah dapat membuat perkiraan terhadap modal dan pinjaman daripada bank
yang perlu dibuat apabila perniagaan mereka itu melibatkan Ringgit
Malaysia.

Bagi saya, satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat berkaitan untong dan ruginya BNM terlibat dalam dagangan mata wang asing!

Walau apa pun, dengan pendedahan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad ini
pastinya akan membuatkan penyiasatan polis keatas kerugian Forex
(1992-1994) itu akan menjadi bertambah rumit lagi.

Disamping pendedahan berkaitan kerugian BNM atas kejatuhan nilai Ringgit
Malaysia(RM), Tun Dr Mahathir Mohamad turut juga mendedahkan keberadaan
sebuah kawasan perindustrian milik asing yang cukup mencurigakan.
Lazimnya Kerajaan-Kerajaan Negeri dalam Malaysia akan menyediakan tapak
dan infrastruktur-infrastruktur asas seperti seperti jalanraya,
perparitan, bekalan elektrik, bekalan air, sistem pembetungan najis
serta air kumbahan, telefon dan lain-lain lagi. Pengurusan
kawasan-kawasan perindustrian itu pula diletakkan dibawah Pejabat
Berkuasa Tempatan (PBT).

Seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad, kawasan
perindustrian berkenaan tidak berada dibawah pengurusan PBT. Kawasan
perindustrian itu seolah-olah diberikan keistimewaan yang luar biasa.

Dua pendedahan terbaru yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ini
ternyata membuatkan UMNO/BN terkedu buat seketika untuk menjawabnya.
Sama-sama lah kita menunggu akan jawapan yang bakal diberikan oleh
Kerajaan (UMNO/BN). Ada kah akan ada jawapan-jawapan yang mantap dan
menyeluruh sebagai menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ? Berbalah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam apa hal pun memerlukan persiapan yang mantap lagi rapi ! “ Sekadar
gertak sambal, tidak akan membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad senyap dan
mengalah”, ujar seorang teman yang cukup mengkagumi sosok yang bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Ada kah ada tindakan selanjutnya susulan daripada laporan polis yang
telah dibuat oleh sekretariat RCI Forex berkenaan. Sama-sama kita
tunggu dan lihat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: