February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KAKAK kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
 
Menurut pihak polis, Kim So Dam telah menerima nota bunuh diri daripada Jonghyun sebelum dia membuat panggilan mengenai perkara itu.
 
“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
 
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun

Kim So Dam telah membuat panggilan kepada pihak polis kira-kira jam 4:42 petang.
 
“Adik saya telah menghantar nota bunuh diri,” katanya ringkas.
 
Terdahulu, penyanyi berusia 27 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang semalam (18 Disember) selepas laporan dibuat.
 
Difahamkan Jonghyun telah mendaftar masuk ke pangsapuri tersebut untuk dua malam.
 
Jonghyun atau nama sebenarnya Kim Jong Hyun dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
 
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya. – Sumber: Koreaboo/Allkpop
 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: