February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) bersedia menjadi orang tengah antara agensi pelancongan dan umrah dengan bakal jemaah dalam usaha menangani penipuan pakej umrah.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

BACA: IMAMS akan terus beri kerjasama kepada kerajaan

Malah, beliau akui cadangan itu wujud lantaran kepercayaan tinggi rakyat terhadap TH selama ini dalam mengendalikan ibadah Haji.

“Saya tunggu mesyuarat dan saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tengok apa pandangan ahli lembaga pengarah yang lain.

“Kalau hendak serah kepada TH, ia bukanlah suatu masalah. Kita (TH) cuma tambah kakitangan sahaja.

“Kita kalau ditugaskan, kita akan kendalikan sebaik mungkin dan orang kita pun berpengalaman,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

BACA: IMAMS: Tiada unsur rasuah, hanya masalah pentadbiran kerajaan – SPRM

BACA: Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam – Nazri Aziz

Malah, beliau akui cadangan itu wujud lantaran kepercayaan tinggi rakyat terhadap TH selama ini dalam mengendalikan ibadah Haji.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya inisiatif itu dilaksanakan oleh syarikat swasta yang berkelayakan dan telus.

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS

BACA: Isu IMAMS: Bagaimana individu yang tak pernah tunai umrah jadi CEO? – TPM Zahid

“Ramai pihak swasta yang baik dan telus untuk kendalikan inisitif ini. Jadi kenapa kita nak sekat?

“Akhirnya mereka akan hilang peluang. Jadi kita kena fikirkan cara serta orang tengah terbaik dalam kendalikan inisiatif itu,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan supaya TH menjadi pengurus tunggal dalam mengendalikan haji dan umrah jemaah negara ini. 

Malah, beberapa individu lain turut senada dengan melihat kemampuan TH selama ini dalam mengendalikan haji rakyat Malaysia selama ini. 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: