February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PENGARAH Michael Ang mengakui sukar untuknya menerbitkan drama bersiri adaptasi Korea, My Coffee Prince.

Michael yang juga penerbit mengakui drama bersiri itu mempunyai cabaran tersendiri.

“Sejujurnya, sukar untuk saya habiskan drama bersiri ini kerana ada satu insiden yang tak diingini berlaku.

“Penolong pengarah serta kru yang mengendalikan props menghilangkan diri dari set penggambaran.

“Tindakan itu sungguh tidak bertanggungjawab dan amat saya kesali. Rentetan kejadian itu, ia membuatkan penggambaran tertangguh selama lima hari,” kata Michael kepada Astro Gempak.

BACA: Takkanlah saya sebodoh itu nak babak cium Fattah dan Janna Nick – Michael Ang

BACA: ‘Memang nak nampak macam Gong Yoo untuk Coffee Prince’ – Fattah Amin

Tambah Michael, dia menyenangi komitmen semua krew dan pelakon yang banyak membantu untuk menamatkan penggambaran.

“Mereka sangat komited dan memberikan fokus sepenuhnya dalam menjayakan drama bersiri ini.

“Biarpun ada cabaran, semuanya kekal positif dan meneruskan kerja masing-masing sehingga sesi penggambaran selesai.

“Mengadaptasi drama Korea merupakan pengalaman terbaru saya dan selepas ini, saya akan kembali muncul dengan karya yang menggunakan idea asal semula,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan My Coffee Prince lakonan Fattah Amin, Janna Nick, Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan ramai lagi pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: