February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALOR SETAR: Seorang individu mengakui sebagai ‘ustazah’ berusia 48 tahun yang didakwa memperdaya 25 mangsa dengan menawarkan pakej umrah tampil menafikan perbuatan itu.

Sebaliknya dia akui menjadi mangsa seorang lagi wanita yang menetap di Makkah yang dipertanggungjawab menguruskan pakej umrah.

Dia yang enggan identiti dikenali berkata, kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak menjadi ketua rombongan jemaah umrah dua tahun lalu malah dia tidak berniat langsung untuk menipu mangsa.

“Sebelum ini saya berurusan dengan agensi pelancongan lain yang menawarkan pakej umrah dan tidak menghadapi sebarang masalah seperti ini.

“Saya dimaklumkan ia ditunda kemudian saya hubungi dia (wanita di Mekah) dan bertanyakan kenapa ia ditunda.

“Bagaimanapun ini melibatkan seorang lagi individu dari agensi yang lain yang sepatutnya membawa mereka,” katanya.

Katanya, dia mengenali wanita itu sebelum ini ketika bertemu dengannya di Makkah beberapa kali kemudian bersetuju untuk menggunakan perkhidmatannya untuk menguruskan soal pengangkutan, makan dan tempat tinggal manakala visa diserahkan kepada agensi pelancongan lain di Kedah.

Malah beliau ada bukti penyerahan wang mereka kepada wanita terbabit sebanyak RM118,000 melalui transaksi bank.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata pihaknya akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut untuk membantu semua mangsa pakej umrah berkenaan.

“Kebiasaannya ustazah ini berurusan dengan seorang individu yang berada di tanah suci kota Mekah yang mana beliau sekali lagi pada kali ini beliau menghubungi induvidu tersebut untuk urusan urusan ini.

“Beliau telah memasukkan wang yang telah diberi kepada beliau ke dalam akaun individu tersebut untuk urusan penerbangan dan hotel bagaimanapun perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Astro AWANI semalam melaporkan 10 mangsa mendakwa tertipu dengan pakej umrah membabitkan kerugian RM71,000.

Mereka sepatutnya mengerjakan umrah pada 6 Disember lalu namun ditunda dengan alasan sama kerana tiket penerbangan tiada dan dijanjikan penerbangan seterusnya pada 9 Disember dan terakhir kelmarin namun hampa.

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: