February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AKHBAR RAKYAT

UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyerang imej Azmin Ali kerana
ketandusan pemimpin yang boleh menyaingi kewibawaan Menteri Besar
Selangor itu, kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata BN dilihat memilih strategi
merosakkan imej Azmin selepas gagal menyaingi pencapaian pentadbirannya,
lapor Sinar Harian.

“Sudah tentu sesiapa pun kalau lawan politiknya dirasakan lebih hebat
daripadanya, ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan malah ketakutan
yang nyata, dalam konteks ini kepada BN.

“Ini sudah terbukti daripada segala dasar dan langkah yang diambil
Azmin. Dari segi prestasinya tidak dapat diragui dan dari segi tadbir
urus juga sukar ditandingi.

“Dalam keadaan sedemikian, BN tak punya pilihan kecuali gunakan
strategi menyerang imej pentadbiran Azmin dan juga imej Pakatan Harapan
(PH) secara keseluruhannya,” katanya, seperti dipetik oleh Sinar
Harian.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib sebelum ini
dilaporkan berkata Azmin berdepan masalah persepsi ciptaan media yang
dikawal oleh Umno dan BN biarpun khidmatnya kepada rakyat Selangor
cemerlang.

Jeniri juga berpendapat walaupun strategi BN itu boleh mempengaruhi
rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, ia tidak akan
memberikan kesan besar sehingga menyebabkan PH kalah di Selangor.

“Rakyat Selangor dapat lihat sendiri langkah  dilakukan kerajaan
negeri yang beri kesan positif. Dari segi itu, walau apa pun strateginya
ini tak beri kesan banyak.

“Mungkin orang luar Selangor banyak boleh terpengaruh, namun bagi
rakyat Selangor yang merasai sendiri kesannya, saya fikir dapat menilai
sendiri dengan lebih baik,” katanya.

Azmin sejak beberapa bulan lepas berdepan siri protes yang digerakkan
oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos, mengecam beberapa
isu melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

Jamal pada Oktober lepas ditahan polis untuk siasatan selepas
bertindak memecahkan botol arak di perkarangan pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam membantah pendirian pentadbiran
Azmin berhubung penganjuran pesta arak.

Umno bagaimanapun menafikan terlibat dalam siri protes Jamal, yang dianjurkan atas nama Gabungan NGO 1Malaysia.

Azmin juga baru-baru ini berdepan satu lagi serangan peribadi apabila adiknya, pengacara televisyen terkenal, Azwan Ali tampil menawarkan diri membantu Umno menjatuhkan abangnya pada PRU14 nanti.

Azmin menerajui kerajaan negeri Selangor pada September 2014 selepas
percaturan politik dalaman PKR mengetepikan bekas menteri besar Khalid
Ibrahim dalam apa yang disebut sebagai episod Langkah Kajang



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: