February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS
 

Post Pic

 

 

KOTA BHARU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) negeri merampas sebanyak 169,250 keping lampin pakai buang
jenama tiruan yang dianggarkan bernilai lebih RM73,000 dalam tiga
serbuan di Rantau Panjang dan Wakaf Bharu, Tumpat semalam.

 

Pengarahnya, Datuk Ab.Ghani Harun berkata, serbuan yang bermula pada
pukul 10 malam sehingga 4 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima
laporan daripada pemilik jenama lampin tersebut.

 

Katanya, serbuan tersebut dilakukan di dua buah premis di Rantau Panjang dan sebuah stor penyimpanan di Wakaf Bharu.

 

“Selepas melakukan serbuan dan merampas sebanyak 13,250 keping lampin
pakai buang di dua buah premis di Rantau Panjang, kita telah mendapat
maklumat baharu mengenai lampin tersebut yang turut disimpan di dalam
stor di Wakaf Bharu.

 

“Selepas mengeledah stor tersebut, kita menemukan sebanyak 156,000
keping lampin pakai buang berjenama tiruan itu,’ katanya dipetik Utusan
Online.

 

Tambah Ab. Ghani, serbuan tersebut tidak melibatkan sebarang tangkapan berikutan pemiliknya tidak berada di premis.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana
menggunakan, membekal, menawarkan, mendedahkan atau mempunyai dalam
milikan, jagaan atau kawalan dengan cap dagangan berdaftar iaitu
POPODRY.

 

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi
RM10,000 bagi setiap barang yang menggunakan perihal dagangan palsu atau
penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: