February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SINGAPURA: Seorang pemandu bas dan 25 penumpang lain cedera dalam sebuah kemalangan berangkai di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura pada pagi Rabu.

Kemalangan yang melibatkan dua treler, sebuah bas dan sebuah kereta itu terjadi sekitar 6.15 pagi di 21 Woodlands Crossing yang terletak tidak jauh dari Tambak Johor.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bergegas ke lokasi kemalangan pada 6.10 pagi.

Menurut portal berita The Straits Times, kedua-dua treler dan kereta tersebut tidak bergerak ketika bas yang terlibat menghampiri kenderaan-kenderaan itu.

Pemandu bas tidak sempat berhenti lalu melanggar bahagian belakang treler yang merupakan kenderaan ketiga dalam barisan tersebut.

Akibatnya, kereta yang berada di antara dua treler itu terhimpit manakala cermin bas pecah.

Walaupun rosak teruk, namun tiada mangsa dalam kereta ini yang tercedera dalam dalam insiden pagi tadi. - Facebook/Janie Sim
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Menurut sumber, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pemandu dan penumpang dalam kedua-dua treler dan kereta dilaporkan tidak cedera.

Siasatan polis kini masih dijalankan.

Seorang pemandu bas dan semua penumpang yang terlibat dalam kemalangan berangkai itu mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital. - Facebook/Janie Sim



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: