February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau yang julung kali diadaka anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan badan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan, PUSAKA dengan menelan jumlah peruntukan RM1 juta nyata gagal dan syok sendiri.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, festival yang diadakan 7 hingga 10 Disember lalu itu hanya mendapat sambutan dalam beberapa program sahaja berbanding 30 program yang diaturkan sepanjang festival.

“Sambutan ini jelas membuktikan penganjuran festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

“Kerajaan negeri menyatakan kontrak penganjuran festival telah dianugerahkan secara langsung PUSAKA yang mana bagi festival ini, kurator utamanya dikenali sebagai Eddin Khoo yang mendakwa ia bukan sebuah persatuan sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd.

“Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 ini sahaja adalah milik kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau ini iaitu Eddin Khoo,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang itu turut mempersoalkan adakah adakah wang penganjuran festival ini dibayar kepada PUSAKA atau syarikat sendirian berhad?

“Kemusykilan yang memeningkan inilah yang mesti diberi penjelasan oleh Kerajaan negeri.

“Jika dakwaan ini benar, adakah pemilihan entiti ini benar-benar memenuhi kriteria yang memenuhi objektif festival ini? Pada masa yang sama, adakah pemberian kontrak secara langsung ini adalah amalan baru bagi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang selama ini melaungkan urus tadbir yang sangat telus dan baik?,” katanya.

Beliau turut meminta agar segala persialan yang diajukan itu  diperjelaskan secara terperinci oleh kerajaan negeri yang selama ini mendabik dada sebagai sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti memandangkan wang rakyat telah digunakan untuk pelaksanaan program yang dilihat gagal mencapai sasaran dan objektif.-20/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: