February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganggap DAP bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ketua penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata kesediaan DAP menamakan individu lain untuk jawatan yang sebelum ini dikhususkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan parti itu mungkin bersetuju jika ia digantikan dengan nama Dr Mahathir.

Anwar hilang kelayakan menjadi calon perdana menteri apabila masih menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2003.

“DAP menyebut (mereka) ada pilihan lain. Jadi kita beri tafsiran kenyataan itu seperti yang diputuskan dalam ‘retreat’ PH baru-baru ini iatu nama (calon) adalah Dr Mahathir,” katanya kepada Antarapos.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PH akan mengumumkan calon perdana menteri yang baru pada Januari 2018.

Guan Eng, ketika mengadakan sidang medianya tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PH yang lain turut berkata pihaknya sudah mempunyai pilihan lain menggantikan Anwar yang sebelum ini diangkat gagasan itu sebagai perdana menteri yang seterusnya.

Kamaruddin ketika mengulas lanjut berkata kenyataan Guan Eng itu senada dengan keputusan yang dicapai PH ketika pemukiman gagasan pembangkang itu.

“Dahulu DAP secara terbuka mengatakan Anwar sebagai calon PM. Itu adalah pendirian DAP dahulu.

“Mengambil kira pada baru-baru ini ketika PH mengadakan ‘retreat’, yang turut membincangkan perkara ini dan ada persetujuan bahawa calonnya telah dikenalpasti, termasuk DAP yang sokong calon itu, yakni Dr Mahathir,” ujarnya.

Tambah Kamaruddin pengumuman Guan Eng itu akan dilakukan pada Konvensyen PH yang dijadualkan berlangsung pada 7 Januari depan.

Sebelum ini Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dinamakan sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun media melaporkan beberapa pemimpin gagasan itu tidak bersetuju dengan cadangan nama berkenaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: