February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bila kita tak berupaya nak memenuhi keperluan asas kehidupan seperti makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan hingga terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan itu, kita boleh dikategorikan sebagai “miskin bandar”.

Walau bagaimanapun, miskin bandar adalah satu perkara yamg amat subjektif. merujuk kembali parameter seperti yang dinyatakan di atas, kita perlu kenalpasti pula jenis makan minum, tempat tinggal dan kenderaan yang dikatakan tidak mampu untuk dipenuhi itu.

Jadi hal “miskin bandar” ni berbalik kepada kemampuan perbelanjaan individu itu berdasarkan pendapatan yang diterima beliau.

Dalam kajian “miskin bandar”, nisbah pendapatan berbanding perbelanjaan seseorang itu mungkin boleh mengkategorikan beliau sebagai miskin bandar.

Hasil nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan individu berkenaan terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan hidup, manakala hasil nisbah hampir atau bersamaan dengan 1, individu hanya ‘cukup-cukup makan’ bagi meneruskan kelangsungan hidup dan tiada keupayaan untuk menyimpan.

Individu yang berkeupayaan untuk menyimpan adalah mereka yang mempunyai hasil nisbah pendapatan berbanding perbelanjaan melebihi 1 dan tidak dikategorikan sebagai “miskin bandar”.

Berdasarkan deduksi di atas, individu yang berpendapatan sepuluh ribu sebulan pun boleh tergolong dalam kategori “miskin bandar” dan yang berpendapatan dalam kategori B40 juga tak mustahil boleh termasuk dalam golongan bukan miskin bandar.
Secara umumnya, bolehlah dikatakan miskin bandar dipengaruhi faktor keperluan dan kehendak .

Kemiskinan seseorang yang dipengaruhi faktor keperluan “asas” seperti makan minum, tempat tinggal, pengangkutan,kesihatan dan pendidikan adalah sesuatu yang rasional untuk diambil perhatian dan tindakan oleh pihak kerajaan.

Kelompok-kelompok ini perlu dikenalpasti bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara efektif.

Sebaliknya kemiskinan yang disebabkan faktor kehendak iaitu apabila pendapatan yang diperoleh tidak memadai untuk menampung kehendak atau “lifestyle” seseorang individu itu.

Hal ini berkait rapat dengan sikap individu sendiri. Misalnya gaji yang diperoleh banyak dihabiskan untuk kenderaan mewah, pakaian berjenama, tempat tinggal yang mewah dan seumpamanya hingga tidak cukup untuk simpanan.

Keadaan ini akhirnya akan menekan kehidupan individu itu sendiri apabila berlaku sesuatu yang tak dijangka seperti dibuang kerja dan seumpanya.

Dalam kes ini, amat sukar bagi pihak kerajaan untuk menghulurkan bantuan, pun begitu skim AKPK yang diperkenalkan adalah antara usaha yang dibuat untuk membantu kelompok yang hanyut ini.

Kumpulan-kumpulan sasar ini mampu ditentukan pihak kerajaan menggunakan data-data yang tersimpan dari pelbagai kementerian berkaitan.

Pemprofilan individu boleh dilakukan dengan mudah bagi tujuan ini. langkah terbaik adalah sekiranya pihak swasta turut mahu berkongsi data yang mereka ada bagi tujuan kajian “miskin bandar” ini.

Teknologi Big Data yang diwar-warkan selama ini sebenarnya mampu menemukan pelbagai “pattern” yang mampu memberi “insight” atau idea dalam proses transformasi pentadbiran sesebiah kerajaan itu dalam menangani pelbagai masalah.-20/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: