February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DARI SUDUT LAIN

Asabiyah adalah perkataan yang berasal dari bahasa arab yang membawa maksud kepuakan membuta-tuli. Mengikut budaya masyarakat arab jahiliah, mereka sentiasa memihak kepada puak mereka tidak kira betul ataupun salah. Mereka juga akan menyerang musuh tidak kiralah mereka benar-benar salah atau tidak.

Sifat asabiyah adalah sifat tercela lebih-lebih lagi di dalam politik. Ia bukan sikap politik yang matang. Kebenaran akan terhijab dengan pembelaan atau serangan buta yang tidak mengambil kira betul atau salah.

Dalam konteks isu politik di Malaysia hari ini, salah satu sikap asabiyah yang boleh dilihat pertamanya dalam isu Atheisme. Baru-baru ini, YB Dr Mariah Mahmud daripada PAN mengemukakan soalan di Dewan Rakyat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan status Atheisme di negara kita. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap fahaman tersebut dan menggesa kerajaan menganganinya dengan serius.

Tetapi perihal Atheisme kemudiannya dibangkitkan oleh YB Hanipa Maidin, juga dari parti yang sama. Beliau mempertahankan gerakan Atheisme dan menyatakan mereka berhak untuk menyebarkan fahaman tersebut di negara ini atas dasar kebebasan beragama. Ia kemudian disokong oleh YB Khalid Samad, juga dari parti sama.

Apa yang menyedihkan, Dr Mariah yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan dalam isu ini kini diam seribu bahasa apabila rakan separtinya membela Atheisme. Sikap ini amatlah tidak baik untuk masa depan negara. Perkara inilah yang disebut sebagai politik kepartian. Politik kepartian inilah lambat laun akan membuatkan rakyat Malaysia meluat kepada politik.

Satu lagi isu yang boleh dijadikan contoh ialah mengenai cadangan kerajaan untuk menghapuskan tol di tiga lebuhraya bermula 2018 nanti. Masing-masing satu di Kedah dan Johor serta dua di Selangor.

Khusus berkenaan tol di Johor iaitu di tol Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang menghubungkan antara Johor Bahru ke Pandan di sebelah utara, ia telah mendapat kritikan daripada DAP. Bagi mereka, tindakan menghapuskan tol adalah langkah untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat konsesi MRCB dengan membayar pampasan.

Mereka seolah-olah menentang usaha yang bakal memberi manfaat kepada rakyat itu atas alasan politik. Apa yang pelik, mereka sendiri menyatakan akan menghapuskan tol sekiranya berjaya memerintah selepas PRU14 nanti. Mereka mahu menghapuskan tol, tetapi tidak setuju pampasan dibayar. Seolah-olah mereka menganggap penghapusan tol boleh berlaku dengan sebelah pihak kerajaan sahaja yang mengisytiharnya tanpa mengambil kira perjanjian konsesi yang melibatkan syarikat yang membangunkan lebuhraya berkenaan.

DAP juga kelihatan double-standard kerana dalam isu pengambil-alihan air daripada beberapa syarikat konsesi di Selangor, mereka dilihat boleh bersetuju supaya pampasan dibayar kepada syarikat konsesi tertentu dengan begitu mahal sekali. Malah sehingga kini proses penstrukturan semula air tidak dapat diselesaikan, kerana pampasan yang mahu dibayar oleh kerajaan negeri di zaman Tan Sri Khalid Ibrahim kepada SPLASH sebanyak RM 250 juta tidak dipersetujui oleh syarikat tersebut. Sebaliknya, DAP, PKR dan PAN dilihat seperti mahu bersetuju dengan permohonan SPLASH yang meminta pampasan sehingga 2.8 bilion.

Sebagai maklumat, SPLASH dimiliki antaranya oleh oleh tokoh korperat yang rapat dengan PKR iaitu Tan Sri Wan Azmi. ADUN-ADUN DAP turut dilihat menyokong perkara ini. Adalah dipercayai, isu ini adalah salah satu punca mengapa mereka sanggup mengatur Langkah Kajang sehingga menyingkirkan Tan Sri Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Asabiyah adalah perkara yang terlarang di dalam Islam. Nabi SAW bersabda: “Bukan di kalangan umat ku, mereka yang mati atas dasar memperjuangkan asobiyaah.”

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: