February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar ketenteraan ke Baitulmaqdis bukanlah untuk berperang sebaliknya untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara itu terjamin.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia memainkan peranan itu bagi memastikan kestabilan Tebing Barat itu terjamin selain menjaga imej Islam tidak dicemari.

“Apa juga yang kita lakukan bukanlah untuk berperang, tetapi untuk pastikan keamanan, untuk pastikan kestabilan dan rantau itu tidak bergolak dan pastikan imej Islam itu tidak dicemari dengan persepsi serong oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Kompleks Mutiara Armada dan Kempen #PerkasaPerwira di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Panglima Angkatan Tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Jeneral (B) Tan Abdul Aziz Zainal.

Baru-baru ini, lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesediaan tentera Malaysia untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.

Lampiran berita berkenaan yang tertera tajuk ‘Tentera Malaysia bersedia untuk main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)’  disertakan dengan kapsyen ketawa, dengan kenyataan ‘kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat’ ternyata ibarat mencurah api hinggakan berlakunya perbalahan lidah dua negara serta netizen di laman sosial.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata bukan pekembangan isu di Palestin sahaja dipantau secara dekat, malah negara Timur Tengah seperti, Syria, Iraq, Qatar, Yemen, Lubnan turut dipantau kerana Malaysia mempunyai anggota tentera di bawah misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru katanya Hishammuddin meminta orang ramai tidak mensensasikan sesuatu sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

“Ini musuh-musuh Islam mahukan kita berpecah, berkelahi, berperang sesama kita, ini bukan cara Malaysia, ini bukan cara ATM. Yang penting perkara tersebut menjadi pegangan kita melalui prinsip dan nilai kesejagatan,” katanya.

Beliau turut menyentuh konsep wasatiyyah dan pendirian ATM adalah jelas yang tidak berbelah bahagi apabila menyentuh berkaitan hal agama Islam.

Mengenai majlis tersebut, Hishammuddin turut melancarkan rangkaian Pernama iaitu barangan harga prihatin dan kad pelbagai guna Capasa (Care for Partner Satisfaction Card) untuk pembelian dalam talian serta menyerahkan pakaian seragam sekolah kepada anak-anak warga dan veteran ATM.

Dalam perkara berasingan, Hishammuddin juga meminta Anggota  Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak mempolitikkan dan mempertikaikan hampir  1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata Chin Tong tidak sepatutnya dengan sengaja menimbulkan persepsi kem itu membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Nak dekat PRU ini macam-macam isu yang dibangkitkan mereka (pembangkang) kalau betul (bina kem), saya sebagai Menteri Pertahanan, (adalah) lebih baik saya pergi (buat kem) di Sembrong,” katanya.-20/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: