February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Malaysia kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menentang draf resolusi yang dikemukakan Mesir bagi membatalkan keputusan mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan undian 14-1 menunjukkan dengan jelas penentangan komuniti antarabangsa terhadap tindakan Washington itu.

Pada masa sama, Kuala Lumpur mengalu-alukan inisiatif Turki memanggil mesyuarat tergempar UNSC bagi membincangkan isu berkenaan.

Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu mengumumkan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ia juga menyatakan hasrat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke kota Baitulmaqdis.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: