February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Parti
Amanah Negara (AMANAH) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Jabatan Peguam Negara tidak melakukan ‘pengadilan
terpilih'(selective justice)terhadap beberapa kes yang dipercayai
berprofil tinggi di negara ini.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, rakyat menuntut
apakah tindakan sewajarnya untuk mendakwa kes-kes yang dianggap penting
berlaku dalam tahun ini membabitkan beberapa tokoh yang berprofil tinggi
di negara ini.

“Ia melibatkan beberapa kes ‘ikan jerung’ yang tidak dapat dibicarakan di mahkamah.

“Kes-kes ini seolah-olah disembunyikan atau sengaja dibekukan kerana dibimbangi menjadi isu besar yang akan menekan Umno-BN.

“Saya dapati ada lapan kes besar yang menuntut satu tindakan daripada
SPRM dan Jabatan Peguam Negara,” ujarnya dalam sidang media diadakan di
ibupejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin menyenaraikan kes-kes tersebut yang mana menurut beliau
lagi, ia perlukan jawaban di pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

“Perhatian buat pihak pendakwaraya sama ada di Jabatan Peguam Negara dan SPRM terhadap beberapa kes-kes berprofil tinggi.

“Rakyat sedang menunggu tindakan sewajarnya demi memastikan keadilan
dapat diberikan terhadap rakyat dalam negara kita,” ujarnya lagi.

Beberapa kes yang dituntut penjelasan SPRM dan Jabatan Peguan Negara:

Ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” didakwa di Mahkamah Majistret
Ampang atas empat tuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota
Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ketika mereka bertugas di sebuah
tokong dekat Kampung Baru, Ampang pada Mei lalu.

“Seorang yang bergelar “Datuk Seri” ditahan polis cederakan beberapa anggota rela dan kemudian dibebaskan oleh polis.

“Apakah tindakan sewajarnya diberikan oleh Peguam Negara dan agensi yang bertangugngjwab ke atas isu ini,’ ujarnya.

Salahuddin turut menyentuh mengenai dakwaan Sultan Johor mengenai
seorang bergelar “Tan Sri” yang cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu untuk
mendapatkan gelaran kebesaran.

” Tan Sri ini telah ditahan pihak SPRM kerana dikatakan terlibat membeli gelaran Tan Sri.

“Ini satu kes hangatkan pentas politik yang mana pengakuan dibuat
oleh Sultan Johor yang mendakwa Tan Sri berkenaan cuba mempengaruhi
Raja-raja Melayu untuk mendapatkan gelaran Datuk Seri. Apa kesudahan kes
ini?” soalnya.

Pada Mac lalu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu SPRM
menyiasat mereka yang cuba untuk merasuah baginda bagi mendapatkan
anugerah pingat daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Johor ditawarkan RM2juta untuk mencadangkan nama individu
berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran
‘Tan Sri’.

Manakala isu mengenai bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa samad ujar Salahuddin lagi, juga tiad tindakan lanjut dilakukan SPRM.

“Rakyat masih menunggu siasatan selanjutnya – adakah satu gimik hanya
semata-mata untuk tujuan menyejukkan ‘suhu’ politik negara, langkah
reman beliau dan bekukan aset, tetapi kita
dengar sebahagian telah dicairkan.

“Tetapi tindakan tidak diambil yang melibat ratusan juta ringgit,” ujarnya.

Selain itu Salahuddin turut mempersoalkan mengenai laporan Sarawak
Report pada Mei lalu, yang mendakwa tauke judi Gopinathan Krishnan
berhubungan langsung dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar dan memainkan peranan utama dalam menjalankan perlindungan polis
di kawasan perjudian dan rumah pelacuran di Melaka.

Susulan itu SPRM menahan seramai 12 suspek kebanyakannya pegawai polis berhubung kes itu.

Khalid dalam kenyataannya dipetik berkata sekiranya terdapat bukti
jenayah, beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan suruhanjaya itu
terhadap Gopinathan.

Bagaimanapun Salahuddin mempersoalkan bagaimana Khalid boleh berkawan
baik dengan Gopinathan yang dikatakan Khalid sebagai ‘kawan
keluarganya’. Sedangkan Gopinathan adalah tauke judi yang dikatakan
dalang kepada sindiket judi haram dan rasuah judi di Melaka?

“Macamana nama penjenayah itu ada dalam ‘number contact’ beliau? Satu
jawaban yang membuka tafsiran yang pelbagai yang juga mendapat liputan
dalam dan luar negara. Tetapi hingga hari ini tiada tindakan dibuat yang
melibatkan nama Khalid,” ujarnya.

Turut dipersoalkan kes pembunuhan Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd
Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu trafik dekat E-Mart
Supermarket di Jalan pintas Tudan,Miri-Kuala Baram pada kira-kira 8.20
pagi, 21 Jun 2016.

Sebanyak 28 saksi pihak pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Mac 2017.

Bagaimanapun pada 6 Jun 2017 Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan
melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk
Stephen Lee Chee Kiang daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan
Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.

“Bill Kayong yang terbunuh melibatkan seorang bergelar Datuk.
Kematian cukup misteri. Kita rasa kesnya tidak lagi mendapat perhatian
dan tindakan sewajarnya oleh peguam negara dalam kes ini,” ujarnya.

Salahuddin juga turut menyenaraikan kematian Timbalan Pendakwaraya
Datuk Anthony Kevin Morais yang terus menjadi misteri hingga hari
ini,katanya.

“Kita tidak mendengar sebarang siasatan dan tindakan lanjut yang
dikatakan ada kaitan dengan isu sangat besar dalam negara ini,” ujar
Salahuddin.

Turut disentuh Salahuddin mengenai kes membabitkan Bekas Exco
Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi dakwanya turut membabitkan
Menteri Besar Johor Datuk Seri Khalid Nordin.

“Isu penahanan dan dakwaan ke atas Datuk Latif Bandi yang
bertangugngjwab ke atas projek perumahan di Johor yang ditahan dan
didakwa SPRM tetapi sepi tanpa tindakan terhadap MB Khaled.

“Adun Senai telah bawa bukti yang dikatakan beliau telah di panggil
IPK Johor terhadap saksi yang mengatakan beliau memberikan sejumlah wang
kepada Khaled.

“Kenapa khaled tidak dipanggil SPRM? Khaed terlepas begitu sahaja.

“Bagi setiap negeri juga apa keputusan penting libatkan rakyat dibuat
exco kerajaan neger pastinya bukan sahaja diputuskan oleh barisan exco
sahaja.

“Sedangkan MB dibiarkan begitu sahaja sehingga sidang Dun baru-baru
ini beliau jawab secara umum dalam jawaban pengulungan dan ini kes yang
sangat ditunggu tindakan SPRM oleh rakyat dalam isu yang besar di negara
ini.” ujarnya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony dipetik berkata, Kevin Morais
disifatkan menjadi mangsa pembunuhan kejam berdasarkan keadaan jasad
yang merengkuk seperti kedudukan janin yang dimasukkan ke dalam karung guni sebelum disumbat dalam tong dram dan disimen,
Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh
Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45,
mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh KevinMorais antara 7
pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan
No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Pakar Patologi tentera Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki  dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Pada 20 November 2017 lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Pakar
Patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran dan enam lagi lelaki untuk
membela diri atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk
Anthony Kevin Morais, dua tahun lalu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: