February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SUNGAI PETANI: Seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah kerana tuduhan membunuh seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long), awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Amirul Khairol, 19 tahun, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Farid Abd Latif.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25 tahun, di Taman Arked di sini antara 2.30 hingga 3.30 petang, 4 Dis lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 Feb depan sebagai tarikh sebutan kes bagi laporan bedah siasat.

Sebelum ini, tertuduh dikatakan tertekan apabila gagal menjelaskan hutangnya sebanyak RM2,000 dan bertindak menikam dada kiri mangsa sehingga mati.

Tertuduh dikatakan perlu membabayar RM26 setiap hari untuk menjelaskan hutang.

BACA: Kes tikam Sungai Petani, remaja ditangkap

BACA: Lelaki maut ditikam di dada, kereta dibakar



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: