February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Ciri itu dapat mengesan dan mencegah kenalan tidak
diingini seperti permintaan rakan dan mesej pengguna disekat, yang
membuat percubaan ke-2 menerusi akaun baharu.

Facebook

facebook
SAN FRANCISCO
: Facebook pada Selasa memperkenalkan satu lagi ciri
baharu untuk melindungi penggunanya daripada gangguan tidak diingini
daripada pihak lain, lapor agensi berita China Xinhua.

Ketua keselamatan global Facebook, Antigone Davis berkata dalam
catatan di laman web rasmi syarikat itu, ciri baharu itu dapat mengesan
serta mencegah kenalan tidak diingini seperti permintaan rakan dan mesej
pengguna telah disekat, yang mungkin membuat percubaan ke-2 menerusi
akaun baharu.

Beliau berkata, ciri baharu itu berguna kepada kaum wanita dan wartawan yang sering mengalami gangguan.

“Selain itu, pengguna Facebook boleh mengabaikan perbualan Messenger
yang secara automatik akan dialih keluar dari peti masuk (inbox) tanpa
perlu menyekat pengirim.

“Ciri automatik itu membantu kami mengenal pasti akaun palsu lebih
cepat dan menyekat jutaan pendaftaran palsu setiap hari,” kata Davis.

Di samping itu, ciri berkenaan menghalang pemberitahuan dan
mengalihkan perbualan tidak dimahukan dalam peti masuk ke fail “Filtered
Messages” atau pengguna boleh membaca mesej tanpa pengetahuan pengirim.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: