February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kini berada dalam landasan tepat dalam membendung kadar jenayah di bandar raya ini dengan kejayaan penyelesaian 97 peratus kes jenayah pecah rumah dan samun sepanjang tempoh awal Januari tahun ini hingga 19 Dis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif pihaknya menerusi bertindak daripada laporan, siasatan serta tuduhan ke mahkamah.

“Pada tahun ini kita telah berjaya menyelesaikan sebanyak 97 peratus kes jenayah bersamaan 1,445 kes, berbanding dengan tahun lepas kita menyelesaikan 61 peratus ataupun 818 kes,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan IPD Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Latihan demostrasi yang dijalankan menangani elemen keganasan merusuh di IPD Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Chandra berkata pihaknya kini sedang bersiap sedia dalam setiap aspek merangkumi kesiapsiagaan, keanggotaan dan latihan itensif bagi menangani sebarang kemungkinan atau ancaman sepanjang musim mengundi.

Tambahnya, menangani elemen keganasan seperti merusuh adalah antara intipati latihan itensif yang dilakukan oleh IPD Kota Kinabalu.

“IPD Kota Kinabalu kini bersiap sedia dan banyak mengadakan latihan selain terlibat dalam penugasan bersempena PRU nanti,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, pihaknya berjaya memberkas lapan suspek lelaki berusia 20 hingga 31 tahun  kerana disyaki terbabit secara langsung dengan aktiviti menyamun dan mencederakan seorang pekerja buruh lelaki dalam kejadian di Jalan Bandaran, Kota Kinabalu pada 18 Nov lalu.

Menurut Chandra, kesemua suspek berjaya ditahan pada 25 Nov lalu dan hasil daripada penangkapan tersebut, polis turut berjaya menemukan beberapa barangan seperti besi sepanjang 78cm yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kes berkenaan disiasat mengikut  Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menyebabkan kecederaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: