February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DR AZMAN IBRAHIM

 

 

WALAUPUN pelbagai pro dan kontra dilontarkan
berkaitan penyertaan PAS dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Masjidil
Aqsa di Masjid Putrajaya Jumaat ini, saya berpandangan bahawa PAS tetap
perlu konsisten dengan prinsip bahawa demi untuk memperjuangkan isu umat
Islam sejagat, PAS bersedia untuk berjuang bersama pihak-pihak lain
walau berbeza dalam pendirian dan pegangan politik.Dr Azman2

 

Hari
Jumaat ini, pimpinan tertinggi PAS akan sekali lagi duduk sepentas
bersama pemimpin Umno yang hadir atas kapasiti sebagai pemimpin negara
di samping beberapa orang lagi tokoh nasional seperti Sahibus Samahah
Mufti Wilayah Persekutuan. Ini bukan program anjuran Umno tetapi anjuran
beberapa gabungan NGO. Dalam masa yang sama kita terus bekerja dan
membuat persiapan rapi untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU14.
Muktamad dalam PRU14 kita akan hadap Umno/BN!

 

Fokus di Masjid Putrajaya pada Jumaat ini ialah Solidariti Selamatkan Masjidil Aqsa. Tak ada agenda lain apatah lagi agenda UG!

 

Pimpinan PAS telah berada sepentas dengan pemimpin negara dari parti
Umno dalam isu Palestin sejak dari zaman Almarhum Dato’ Fadzil Noor lagi
ketika Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia. Berada sama atas
pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ialah Tun Dr Mahathir,
Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Abdullah
Ahmad Badawi.

 

Puak-puak PH kalau nak serang PAS berkaitan himpunan Jumaat ini,
tolonglah pergi mengadap Pengerusi PH dulu dan tanya Tun Mahathir kenapa
boleh duduk sepentas dengan Almarhum Dato’ Fadzil Noor? Apakah lepas
duduk sepentas, PAS UG dengan Umno? Mahathir antara pemimpin Umno yang
paling banyak berlaku zalim terhadap PAS. Berkajang-kajang panjangnya
kalau kita nak senaraikan. Tapi inilah jiwa besar yang dimiliki pimpinan
PAS bila dihadapkan dengan isu ummah sejagat. Jiwa hebat seorang
negarawan.

 

Dalam isu Rohingya, pimpinan PAS sekali lagi sepentas dengan pemimpin
negara. Laungan UG bergema lagi. Gema yang tak menjelma di alam nyata.
Ada lagi isu ummah yang timbul, pastinya sekali lagi PAS bersedia untuk
duduk bersama.

 

PAS sudah lama meninggalkan zaman politik persepsi murahan dengan
pemikiran sempit kepartian tak mengenal tempat. Budaya politik matang
dan sejahtera telah menempatkan PAS jauh ke hadapan meninggalkan pesaing
politik yang lain.
* Dr Azman Ibrahim , AJK PAS Pusat



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: